Selamat Menghadapi Imtihan...

Monday, November 22, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga dipermudahkan segala urusan sahabat-sahabat sekalian....

Read more...

Kesalahan Kecil Akibatnya Besar

Friday, March 5, 2010


Perang Uhud memberikan banyak ikhtibar dan pengajaran kepada kita.. Jika kita perhatikan rentetan peristiwa dalam perang uhud, kita dapat perhatikan sebuah kaedah boleh kita simpulkan.. Iaitu kaedah antara tingkat ketaatan kaum muslimin terhadap Al-quran dan Sunnah berbanding dengan tingkat kemenangan atau hasilnya... Semakin tinggi tingkat kepatuhan mereka, semakin rendah tingkat kekalahannya... Semakin rendah tingkat kepatuhan mereka, semakin tinggi risiko kekalahannya...
Rasulullah SAW sangat menekankan agar kaum muslimin tidak melakukan kesilapan. Ini kerana, ia tidak hanya memberi kesan buruk kepada si pelaku tapi juga orang lain.. kesalahan yang dilakukan pasukan pemanah talah menimbulkan bencana tragis yang menimpa banyak orang, bahkan ikut menimpa Rasulullah SAW. Ini adalah hal yang sangat buruk disebabkan kesilapan yang kecil.....
Bandingkan dengan keadaan kaum muslimin pada zaman sekarang.. Manakah yang lebih besar, kesalahan yang dilakukan pasukan pemanah dibandingkan kesalahan yang dilakukan umat Islam pada hari ini dalam pelbagai aspek...
Allah SWT Maha Penyayang yang masih menjaga kita di tengah menggunungnya kesalahan yang kita lakukan......

Katakanlah, "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki"
(Ali Imran : 26)


Dalam skop yang lain pula, kekalahan umat Islam pada perang Uhud ini juga mengandungi pesan, seandainya umat Islam selalu menang, boleh jadi juga akan meninggalkan kesan negetif... Mereka akan merasa tinggi diri dan merendahkan orang lain, sehingga usaha untuk berjihad makin pudar. Mungkin ada dalam benar mereka, untuk apa berjuang, kerana kita dah conform menang.....
Yang perlu difahami oleh kita adalah kekalahan dan kemenangan sebenarnya diatur oleh sebuah kaedah 'setiap umat akan mendapat kemenangan jika dia memenuhi syarat-syarat kemenangan..' Sebaliknya, setiap umat Islam akan kalah kalau dia mengendong sebab-sebab kekalahan....
Suatu umat akan bangkit jika memenuhi syarat2 kemenangan.. Sebaliknya, umat itu akan runtuh jika mereka memenuhi syarat untuh runtuh..

Jika kita lihat sorotan lembaran sejarah, sebelum Baghdad dihancurkan oleh tentera Tartar di bawah pimpinan Gengis Kahn, membenarkan ucapan Ibnul Atsir, "Kaum Muslimin kala itu hidup seperti orang-orang jahiliyah. Mimpi-mimpi mereka tidak pernah melewati perut dan kemaluan".......
Dr Majid Irsan al-Kailani mengungkapkan " Generasi Salahuddin hanyalah hasil dari tarbiyah dan pendidikan panjang yang berlangsung lebih dari 50 tahun lamanya"..... Kesannya, kita boleh lihat dalam kisah Salahuddin Al-Ayubi berjaya membuka al_Aqso dari cengkaman Kristian selama 90 tahun.....

Read more...

KENYANGKAN PERUT RAKYAT

Wednesday, February 17, 2010




Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya suatu kebiasaan yg lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya berkata :

"Apa nama makanan ini ?"
"Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma ." jawab salah seorang daripada mereka.

Gabanor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemudian bibirnya menguntungkan senyum. "SubhanAllah! Betapa manisnya dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti gembira," ujar Utbah. Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yg lebih enak.

Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk Khalifah Umar bin Khattab. Dua utusan segera berangkat ke Madina. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab. Khalifah segera membuka dan merasanya.

"Makanan apa ini?" Tanya Umar.
"Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan," jawab salah seorang utusan.
"Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?" Tanya Umar lagi.
"Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya," jawab utusan itu gugup.

Wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenor dia menulis,
'......makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.'

Kisah yg diabadikan Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Manaqib Amirul Mukminin ini, memberikan pengajaran yg teramat berharga bagi umat islam, khususnya para pemimin. Umar bin Khattab telah memberikan pengajaran yg sangat beerti. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya. Dalam kesempatan lain, Umar pernah menyatakan, "Aku orang pertama yg merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yg merasa kenyang kalau mereka kenyang,"

Read more...

15,000 STUDENT UM MENGUNDI 28 JAN

Saturday, January 23, 2010




PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

TANGGUNGJAWAB KITA

PEMBUBURAN MPMUM
20 Januari 2010 (Rabu)

PROSES PENAMAN CALON
25 jANUARI 2010 (Khamis)
9.30 pagi- 12.30 tengahari

TEMPOH BERKEMPEN
25-27 Januari 2010
(Khamis-Sabtu)
9.30pagi-12.30Tengahari

PROSES PENGUNDIAN
28 Januari 2010 (Khamis)
10.00 Pagi-6.00 Petang
Pusat Pengundian Masing-Masing


Ayuh kita sama2 tunaikan kewajipan kita turun mengundi bagi memilih kepimpinan mahasiswa yg akan meneruskan perubahan UM.....

Read more...

AL-FATIHAH - SULTAN ISKANDAR SELAMAT DISEMADIKAN







Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semasa istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI



8 Safar 1431H

JOHOR BAHARU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini.

Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.

Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda.

Istiadat itu disaksikan oleh Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain.

Turut berangkat hadir ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut serta.

Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.

Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.

Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.

Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam semalam selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering. - BERNAMA

Read more...

Tuesday, January 19, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Indahnya Islam

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP