umat super

Wednesday, May 20, 2009



Umat Islam sememangnya merupakan umat yang hebat,super,power. Allah menggelar mereka dalam surah Ali-Imran ayat 110 sebagai "khaira ummatin" yang bermaksud "sebaik-baik umat" yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah."
Semasa mentafsir ayat ini,di dalam al-Jamaik li Ahkamil Imam Qurtubi menukilkan pandangan Imam Mujahid yang berkata, " (Kamulah umat yang terbaik)berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam ayat ini. Maksudnya kita adalah umat yang hebat ,super apablia kita melaksanakan agenda-agenda yang terdapat dalam ayat ini iaitu mengajak kepada makruf(kebenaran), mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.
Berasaskan ramuan-ramuan ini lahirlah satu umat yang mengenali serta menyukai kebenaran dalam masa yang sama membenci kemungkaran dan berperanan mencegah manusia daripadanya. Pada masa yang sama cahaya keimanan bersinar di hati sanubari mereka. Merekalah sebaik-baik umat yang dijadikan Allah bagi manusia.

Tetapi kita melihat di zaman sekarang, adakah masih wujud lagi "khaira ummatin" ini.. Kita lihat, manusia masa kini sudah terbalik. Ramai yang mengenali serta menyukai kemungkaran malah mengajak manusia lain melakukan kemungkaran itu, dan membenci kebenaran malah mencegah dan melarang manusia lain menegakkan kebenaran.. Mungkin sebab itulah kebanyakan umat Islam pada masa sekarang ditindas dan jauh ketinggalan daripada agama lain dari sudut keilmuwan walaupun satu masa dahulu umat Islam pernah berada di kemuncak kegemilangan Islam.
Marilah kita merenung sejenak pada zaman sahabat dan umat Islam terdahulu r.a... Bagaimana mereka berjaya menjatuhkan empayar rom, memusnahkan kerajaan kisra, membuka kota Konstaninople, dan membuka Baitul Maqdis.... Victor Robinson membuat perbandingan dalam The Story of Medicine dengan berkata, " Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cardova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cardova membina 1000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cardova menukar pakaian setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cardova bertar.Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cardova tersegam indah. Semuanya ini adalah disebabkan mereka betul-betul beriltizam dengan Quran dan Sunnah serta mengamalkan 3 perkara itu "amar ma'ruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah"...
Umar Al-Khattab mengatakan " Kita adalah suatu golongan yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah menimpakan kehinaan ke atas kamu." Sama-samalah kita menghayati dan muhasabah diri akan ayat 110 surah ali-imran ini dan menyedari hakikat sebenar kita sebagai seorang mu'min.... Wallahualam


rujukan - Buku Minda Muslim Super karangan Dr. Danial Zainal Abidin

0 comments:

Post a Comment

Indahnya Islam

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP