KENAKAN CUKAI PADA WANITA BERTUDUNG

Monday, September 28, 2009



Dipetik dari http://hafizilyas.blogspot.com


Idea karut ahli politik Belanda dianggap penindasan, sengaja mahu bebankan wanita Muslim



ANDA mungkin masih ingat dengan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam tahun lalu dengan filem dokumentarinya bertajuk Fitna yang mendakwa bahawa al-Quran punca peperangan dan permusuhan manusia.

Terbukti, kebenciannya terhadap Islam dan umatnya sehingga hari ini belum reda. Pada pertengahan bulan ini, dia tergamak mengusulkan cadangan yang tidak masuk akal bahkan tidak mencerminkan dirinya bertamadun, pada sesi sidang Parlimen Belanda yang menggulung perbahasan bajet kerajaan bagi 2010.
Seperti dilaporkan laman web Eramuslim.com pada Khamis, 24 September lalu, pemimpin Partij voor de Vrijheid (PVV) itu mengusulkan wanita bertudung di Belanda dikenakan cukai 1000 euro (RM5,100) setahun!

Alasan ahli politik yang pernah dilarang ke Britain kerana filemnya itu kerana tudung bukan budaya Belanda dan simbol penindasan serta merosak pemandangan bermasyarakat. Cadangan cukai itu digelar Wilders sebagai kopvoddentax.

Subhanallah! Apakah yang akan terjadi jika cadangan ini diterima? Wanita bertudung mesti bayar cukai RM5,100 setahun. Akal sihat mana yang mahu menerima cadangan karut seperti ini.

Mujurlah di Parlimen Belanda masih ramai yang tahu menggunakan akal sihat. Ketua Fraksi Demokrat, Alexander Pechthold, pada mulanya tidak percaya dan bertindak memastikan apakah syor ini serius atau hanya jenaka. Jika serius, Wilders dipersilakan beredar dari ruang sidang seperti kebiasaannya selama ini.

Ketua Fraksi Parti Sosialis (SP), Agnes Kant, sebaliknya mengusulkan agar dikenakan cukai bagi bahan waterstofperoxide atau hidrogen peroksida (H2O2) yakni campuran kimia yang dipakai Wilders untuk mewarnakan rambut hitamnya menjadi perang kerana Wilders sendiri berketurunan Yahudi pada sebelah ibunya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia ketika penjajahan Belanda. Oleh itu, rambut asalnya ialah hitam.

Kant menambah bagaimana dengan keppeltje atau kopiah penganut Yahudi, apakah pemakainya akan dikenakan cukai juga? Wilders agak tersentak, lalu menjawab keppeltje tidak termasuk dalam cadangannya.

Kant bertanya lagi, bagaimana dengan penganut Kristian dan Katolik di kota kecil dan desa yang masih ramai mengenakan tudung?
Wilders nampak tidak siap dan kurang penyelidikan dengan fakta ini, bahawa masih ramai penganut Kristian dan Katolik di Belanda yang bertudung.

Selepas berfikir seketika, Wilders menjawab yang dia hanya merujuk khusus untuk penganut Islam.

Mendengar jawapan ini ruang sidang Parlimen Belanda riuh rendah. Bagaimana undang-undang akan diluluskan jika hanya membabitkan sebahagian warga negara, manakala warga lain terkecuali?

Sementara Femke Halsema dari Groenlinks juga menanyakan bagaimana peraturan seperti itu boleh diamalkan? Ba-gaimana Wilders atau penguatkuasa undang-undang dapat membezakan pemakai tudung ialah umat Islam, Kristian atau Katolik? Apakah mesti diwajibkan polis khusus untuk memeriksa mereka yang bertudung dan menyoal siasat apakah mereka penganut Islam, Kristian atau Katolik?

Wilders tak dapat memberikan jawapan konkrit kecuali mengatakan peraturan itu akan menakutkan perempuan Islam.

Halsema menegaskan cadangan Wilders itu antikebebasan dan tidak sesuai dengan nama parti yang dipimpinnya. Cadangan itu satu penindasan, memaksa sebahagian warga negara untuk tidak bebas menggunakan haknya.

“Itu mirip di Iran. Di sana wanita dipaksa untuk bertudung dan anda akan memaksa mereka untuk tidak bertudung,” kata Halsema.

Demikianlah pembentangan hujah yang memanaskan Parlimen Belanda ketika semua umat Islam di seluruh dunia sedang menunaikan ibadat puasa pada penghujung Ramadan lalu.

Kita dapat melihat hujah penentang kebenaran yang selalunya lemah dan tidak terperinci.

Bagaimanapun dia akan kuat jika disokong oleh kekuatan autoritarian, tapi tidak akan kekal. Yang kekal adalah kebenaran itu.

Hujah penentang kebenaran diibaratkan al-Quran seperti sarang labah-labah seperti maksud ayat: “...padahal sesungguhnya sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah.” (Surah al-Ankabut: 41)

Kejadian seperti di Parlimen Belanda dengan pelakonnya si Wilders juga sama konsepnya dengan apa yang berlaku di antara Nabi Ibrahim AS dan Namrud, Raja Babylon yang kafir dan zalim.

Al-Quran mengkisahkan maksudnya: “Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan?” Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.” Dia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.

“Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah SWT menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?” Maka tercenganglah orang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 258).

Mujahid, ahli tafsir rujukan mengatakan: “Dia (orang yang dikisahkan dalam ayat di atas) adalah salah seorang raja dunia. Sebagaimana diceritakan di dunia ini ada empat raja; dua raja mukmin dan dua lainnya kafir. Yang mukmin adalah Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS, sedangkan yang kafir adalah Namrud dan Bukhtanasar.”

Namrud memerintah sebagai raja 400 tahun dan terkenal dengan kekejaman dan kezalimannya. Dalam kisah surah al-Baqarah itu diceritakan Namrud sudah menyiapkan dua orang kemudian dia membunuh salah satu daripada mereka dan membiarkan seorang lagi hidup.

Itulah pemahaman Namrud yang cetek mengenai ucapan Nabi Ibrahim: “Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan” yang dijawabnya dengan: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.”

Nabi Ibrahim membiarkan ia berlaku kerana yang sedang dihadapinya ialah orang yang tertutup hati dan akal sehingga dia menjadi bodoh dan tidak dapat menggunakannya untuk berfikir.

Oleh itu, dia hujahkan kepadanya sesuatu yang sangat mudah untuk difahami sebagai pemerintah yakni:

“Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?”

Dengan itu, Nabi Ibrahim AS sudah menjelaskan kesesatan, kebodohan, dan kedustaan Namrud yang pada akhirnya sebelum dia mati diseksa Allah 400 tahun dengan seekor lalat yang bersarang dalam hidungnya dan dia selalu memukul kepalanya dengan besi selama masa itu juga, seperti diriwayatkan Imam Ibn Katsir dalam Qashash al-Anbiya.

Demikianlah kisah Raja Namrud yang ingkar kepada kekuasaan Allah yang sudah menetapkan hukum hakam untuk semua manusia.

Apakah Wilders dan rakan sejenisnya yang anti-Islam jika tidak bertaubat menerima nasib seperti yang menimpa Raja Namrud walaupun bila-bila masa? Wal’iyazubillah.

Sumber : Ulul Albab-BH

Read more...

Tangisan Ramadhan.... Syawal kembali....

Saturday, September 19, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SahabatMusleem
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita... Sama 2 kita muhasabah adakah ramadhan kali ini dapat memberi perubahan kepada diri kita dengan peningkatan keimanan dan ketaqwaan.. atau tiada perubahan sedikit pun... Perubahan2 yang baik itu kita kekalkan... Ramadhan kita gagal jika amalan qiamullail,sedekah,solat2 sunat,tadarus al-quran yang dilakukan di bulan Ramadhan tidak diteruskan pada bulan2 seterusnya..
Kepada yang akan pulang ke kampung, hati2 lah di jalan raya...
Selamat meraikan hari kemenangan bagi umat Islam...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat,
dan pembaca....

Maaf Zahir dan Batin...

Salam `Eidulfitri

Read more...

MLTR LIVE IN MALAYSIA..... Cemar Kemuliaan Ramadhan ...

Tuesday, August 25, 2009


Get your own Poll!


Tatkala negara dan dunia sedang menghadapi H1N1 , kita dikejutkan pula dengan Konsert Michael Learns to Rock (MLTR) diadakan pada 5 September bersamaan 15 Ramadhan 1430 di Arena of Stars Genting Highland.. Walaupun terdapat beratus orang yang sudah mati menghidap H1N1 dan beribu lagi masih menghidap penyakit ini di seluruh dunia... Signal atau peringatan penyakit H1N1 dari Allah ini tidak cukup menginsafkan lagi manusia khususnya umat Islam di Malaysia... Konsert ini turut mendapat pelbagai respon dari umat Islam.. Memetik di dalam Mahasiswakini :

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah tindakan kerajaan membenarkan konsert Michael Learns to Rock (MLTR) diadakan pada 5 September nanti kerana berpendirian bahawa ia akan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang sedang diraikan seluruh umat Islam.

Pengerusi MPMN, sdr. Ridzuan Mohammad berkata, “Tindakan kerajaan yang membenarkan penganjuran konsert ini seolah-olah tidak menghiraukan langsung sensitiviti umat Islam di Malaysia dan kesucian bulan Ramadhan”.

“Kebenaran mengadakan konsert itu adalah berlawanan dengan pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini yang menjanjikan sambutan kemerdekaan tahun ini yang sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengajak dan menyeru umat Islam di Malaysia khususnya mahasiswa membantah konsert ini sebagai tanda cintakan Islam dan memuliakan bulan Ramadhan.

Sebagai seorang Islam kita perlu mengambil cakna dan sensitive terhadap isu2 seperti ini terutamanya konsert ini yang mencemarkan kemuliaan Ramadhan.. Apa tindakan kita seterusnya ?? Bantah! , hantar memorendum ! , berbincang! , demotrasi ! , berdiam diri ! , atau no komen !....... Tepuk dada tanya iman masing2....

Dalam hadis diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Berdasarkan hadis di atas tuntutan menentang kemungkaran adalah wajib... Penulis menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama2 membantah Konsert Michael Learns to Rock (MLTR) ini yang bukan saja membawa kemungkaran dalam negara kita malah mengancam penularan virus budaya hedionisme melampau terhadap generasi Muslim terutama anak muda, remaja2 Islam...

Wallahualam...

by khairaummatin.....

Read more...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tuesday, August 18, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua sahabat2, Muslimin & Muslimat....
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Alhamdulillah dpt lgi kita berjumpa dengan bulan ramadhan pada tahun ini... bulan yang penuh hikmat dan mengandungi banyak peristiwa besar kepada umat manusia, antaranya peristiwa diturunkan Al-Quranul Karim yang menjadi petunjuk kepada manusia, yang membezakan di antara hak dan batil.
"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan batil" (al-baqorah: 185)


Dan malam kemuncaknya ialah malam lailatul qadr. Malah banyak peristiwa peperangan umat Islam dalam bulan ramadhan seperti perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, Peristiwa Islam membuka Kota Mekkah berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah, pembukaan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, peristiwa tentera Islam mengalahkan tentera Mongol pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi di bawah Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir....

Mari lah kita rebut segala tawaran dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan ramadhan ini kepada kita supaya kita menjadi hambanya yang bertaqwa...
"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-baqorah: 183)

Kita lihat dalam konsep puasa itu sendiri dapat membentuk manusia bertaqwa. Ini dapat dijelaskan oleh para ulama mengenai makna taqwa :

a. menurut Ibnu Mas'ud - taqwa bererti taat kepada Allah,menjauhi maksiat,ingat kepada Allah dan bersyukur kepadaNya dan tidak kufur.
b. Ibnu Abbas r.a. - takwa bermaksud berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang, berani menegak hukum,kenenaran dan keadilan terhadap diri, ibu bapa, anak dan keluarga.
c. Sayyid Qutub - takwa ialah suatu gejala yang ada dalam jiwa yang menyebabkan seseorang sentiasa berwaspada, sedar, takut, malu, dan susah jika dilihat oleh Allah dalam keadaan yang tidak diredhainya. Perhatian dan pengamatan Allah terhadap jiwa dan hati manusia tidak pernah lengah dalam setiap masa.
d. Syeikh Muhammad Abduh - taqwa ialah membersihkan diri dan memelihara dari perbuatan maksiat dan keji serta melatih diri taat kepada Allah.


Kita jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan terakhir dalam hidup kita.. Kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi ramadhan di tahun depan... Marilah di dalam Ramadhan kita hidupkan dengan ibadat itu, kita hidupkan dengan sifat-sifat Islam, kita hidupkan dengan petunjuk dari Allah dan kita hidupkan dengan doa dan permohonan kepada Allah, bermunajat kepadaNya supaya diselamatkan kita di dunia dan di akhirat... Sama2 kita topup kan iman di dalam diri, delete dosa-dosa lalu, redeem pahala sebanyak-banyaknya......



Wallahu'alam...... by khairaummatin...


rujukan - Penghujung Kehidupan, Tuan Guru Abdul Hadi Awang
40 Fadhilat Puasa Ramadhan, DRS. Haji Hanafi Muhammad

Read more...

Indahnya Islam

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP